Saturday 4 June 2011

tips mencari kasut...!!!

                                                                         assalamualaikum

saya nini...seorang yang membajet pro dlm memilih kasut yang sesuai hehehehe.....
xpun sebenarnya sy x pandai sgt bab2 memilih kasut ni...kasut raya pun ibu sy yang pilihkan utk sy oleh kerana ibu sy da terlalu penat menunggu sy membuat pilihan yang tepat...sebenarnya saya ada sedikit sgt ilmu yang ingin dikongsi bersama...ialah mulia kan amalan berkongsi ilmu yang ada.....JANGAN KEDEKUT ILMU K...SEBAB SEMUANYA DATANG DARI ALLAH..seperti kita semua thu kasut bertumit tgi ni boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang,i guess semua org da thu hal ni....
tp sy ada tips lain taraaaa.....!!!!!

antaranya ialah:


1:Pereka kasut, Rozeeyadi Abdul Manan, berkata mereka kasut bukan hanya difokuskan terhadap keindahan rekaan serta mengikut gaya semasa tapi sebagai pereka, mereka juga tidak meminggirkan soal keselesaan kepada pemakai.so,pembeli mestilah membeli kasut ikut keselesaan...ingat,jgn beli kerana cntik shj...MERANA HIDUP k...ye la,sy ada pengalaman beli kasut agak cntik bertumit agak tgi,tp ble try tu sy rasa keras gler tapak kasut tu membt kan tapak kaki sy x selesa.tp sy beli jg kerana rupanya...pki dlm 2,3 hari jari2 sy KERASSS..dan akhirnya sy bli kasut ala2 croc tp yang x ori tettttt.....LEBIH SELESA DARI YANG CNTIK DAN MAHAL ITU.

2:“Bagaimanapun, penting bagi seorang pembeli mempunyai pengetahuan asas mengenai kasut untuk dijadikan panduan ketika membeli. Ada yang mengandaikan bertumit tinggi boleh membuatkan anda kelihatan seksi tapi elakkan memilih kasut terlalu tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tumit kaki.itu Rozeeyadi abdul manan bgthu.....tp bg sy,sy lain cket dri dia,yla sbgai seoang perempuan mesti kehendak untuk membeli kasut bertumit tinggi itu ada dlm diri masing2 (aq guna ayat karangan),tapi sy xkan memakai nya untuk kegunaan harian tambah2 pula bimbang merosakkan tapak kasut disebabkan kolej sy yang agak xelok jalan raya nya huhu.

3:Jika anda tidak mahu tumit kaki anda pecah dan merekah, tumit kasut paling ideal adalah dua setengah inci hingga tiga inci dan mungkin ia dapat membantu mengekalkan kehalusan kulit kaki anda,tips yang paling berguna bg sy...hehhe harap bg korg jg.

4:jika korg nak guna kasut bertumit tinggi untuk kegunaan harian yla untuk kelihatan seksi,cantik,elegan....pastikan tidak menyarungnya lebih dari 6 jam,jadi sedialah sandal leper,selipar or kasut croc di dalam kereta...

5:sy ada sepasang kaki yang agak lebar,cantik kan hehehe......setiap kali cri kasut sy akan pastikan sy memilih kasut dengan bukaan yand lebar dihadapannya bru lah sesuai..dan begitu jg sebaliknya...law kaki x lebar jangan beli yang lebar XSESUAI.

6:skrg ni byk kan org pakai kasut yang byk tali....cantik jg,,tapi kna pandai sesuai ngan baju dan tempat yang kita pergi,xkan nak pergi ke masjid dengar ceramah agama pakai kasut byk tali kot,nak naik masjid kna buka kasut melmbatkan masa dahtu plak kan x pasal2 selipar hang dikebas,,,jangan xthu di masjid pun ada orang mencuri...so berhati3 lah dimana saja anda berada hehe...ye kita blik ke tajuk tadi soal kasut bertali mse nak membeli kasut bertali byk sampai ke peha tu (lebih2 lh) ye semasa nak beli ksut yang bertali pastikan jari jemari  korg tidak terkeluar terutama jari yang paling kecil.....kalau x hahahaa lucunya nampak..!!!

7:Jika korg ingin membeli kasut bertutup, beli satu saiz lebih besar daripada saiz yang selalu dipakai atau cuba berjalan dulu sebelum membeli. Kaedah ini sangat penting bagi korg2 yang mempunyai kaki yang lebar serta agak berisi (macam aku ni)kecuali jika kaki anda bersaiz biasa.

8:, tidak semua kasut sesuai dengan semua jenis kaki. Ada wanita yang mempunyai masalah gerbang kaki (arch) tinggi and korang  disarankan supaya tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tulang.so jgn degil..!!


                                                                                    TIPS BERGUNA UNTUK ANDA..

-Kasut sandal tumit tinggiIa boleh dipakai siang dan malam. Kegunaannya boleh dibezakan mengikut material yang digunakan. Satin, sutera atau material polos dikategorikan sebagai ‘evening shoes’, kulit dan PU untuk kegunaan harian.
-Kasut bertutup (court shoes)Ia biasanya lebih sesuai digayakan untuk ke pejabat. Selain kelihatan formal ia juga boleh menyerlahkan keyakinan pemakai.
-Peep-toeIa bersifat dua fungsi. Sesuai untuk ke pejabat dan boleh juga dikenakan ketika bersantai.
-Kasut tapak rata (flat)Kasut ini lebih sesuai untuk bersantai dan ia juga digemari remaja kerana memudahkan pergerakan selain sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju.
-Ballerina, flat court shoesKasut jenis ini menyerlahkan keremajaan pemakai. Ia juga tidak terlalu menyerlah kerana rekaannya lebih ringkas dan sederhana.
-Kasut baji (wedge)Ia sesuai untuk dikenakan mereka yang banyak berjalan. Tidak sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis formal. Ia juga selesa kerana mempunyai tumit penuh yang boleh menampung berat badan.
*Platform Mereka yang suka kasut bertumit tinggi digalakkan mencuba kasut jenis ini. Lapisan tambahan di bahagian hadapan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut. Jadi risiko untuk tergelincir adalah kurang.Kasut baji untuk si badan gempal






pakai lah kasut kalau nak bergambar macam ni...




ok take care semua orng thank for reading this entry...bye.



2 comments:

  1. tp stokin kna pkai awk..kalau x,nnti kaki melecet...huhu

    ReplyDelete
  2. hahahah ye2......bgus2...lbh bgus pki stokin pemain bola sepak hahhaa

    ReplyDelete