Wednesday 25 May 2011

ujian dialysis

                                                                 assalamuailaikum...


pernah anda dengar tentang ujian dialysis???? kebanyakan org sebut cuci darah.....Dialisis adalah satu rawatan perubatan untuk mengeluarkan bahan sisa buangan badan secara terus dari darah bagi mereka yang gagal fungsi buah pinggang. Dialisis akan akan hanya dapat menggantikan sebahagian daripada fungsi buah pinggang yang tidak lagi berfungsi. Terdapat 2 jenis dialisis; iaitu hemodialisis dan peritoneal dialisis. 
Hemodialisis adalah sejenis dialisis yang menggunakan satu mesin buah pinggang tiruan (mesin dialisis) untuk membuangkan cecair dan bahan sisa buangan dari aliran darah. Dialisis peritoneal pula berasaskan satu tiub yang dimasukkan(ditebuk) ke dalam rongga badan yang juga terletaknya perut, hati dan usus-usus, yang dipanggil kaviti peritoneal. Cecair dalam kuantiti yang banyak akan di alirkan ke dalam kaviti ini dan ia akan mengeluarkan sisa buangan melalui cecair yang mengalir balik ke luar daripada kaviti. Dialisis peritoneal selalunya di lakukan di rumah pada setiap hari.Oleh kerana rawatan dialisis diperlukan secara kerap, maka ia biasanya akan menjadi beban kewangan kepada kebanyakan mereka yang memerlukannya. Kos untuk setiap sesi hemodialisis di klinik atau hospital swasta adalah dalam lingkungan RM100 ke RM300. Oleh kerana pesakit diabetes mungkin memerlukan tiga sesi seminggu, maka ia boleh menyebabkan anda berbelanja sehingga RM600 seminggu!

Anda sememangnya tidak patut menanggung beban yang seberat ini. Walaupun anda mempunyai diabetes, anda boleh mengelak atau melewatkan berlakunya kegagalan buah pinggang dengan berusaha untuk menjaga diri anda dan penyakit diabetes anda dengan baik.bukann sahaja keluar duet yang banyak tetapi dialysis ini sangat menyakitkan....jadi ikutilah cara dibawah untuk mengelakkan terkena saket yang sgt bahaya n sgt menyeksakan ini nah tips -------->


1.Mengawal tahap glukosa darah anda.Anda harus pastikan sebaik mungkin tahap glukosa darah anda berada di tahap yang disyorkan iaitu antara 3.8 hingga 6.1 mmol/L semasa berpuasa dan tidak lebih dari 7.8 mmol/L selepas makan. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kawalan glukosa darah yang baik dapat menurunkan risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ataupun sekurang-kurangnya mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Oleh itu, adalah amat baik jika anda mula berusaha untuk memakan secara sederhana dan teratur, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Penjagan diabetes yang baik juga termasuklah mengambil ubat-ubatan mengikut peraturan (sekiranya dipreskripsi oleh doktor), memantau tahap glukosa darah setiap hari di rumah dan kerap berjumpa dengan doktor anda. 

2.Mengawal tekanan darah anda. Adalah disarankan bahawa pesakit-pesakit diabetes mestilah sentiasa mengekal tekanan darah mereka di bawah tahap 130 mmHg sistolik (bahagian atas) dan rendah daripada 80 mmHg diastolik (bahagian bawah) . Ini mungkin agak sukar untuk dicapai dan anda mungkin memerlukan lebih daripada satu ubat tekanan darah. Adalah penting untuk tekanan darah anda dikawal secara ketatnya. Tekanan darah pada paras yang tinggi boleh mempercepatkan terjadinya penyakit buah pinggang diabetes anda dan (jika ianya telah wujud) akan mengakibatkannya menjadi lebih teruk.

3.Pengesanan awal untuk penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Sekiranya anda sudah mempunyai penyakit buah pinggang, protein darah mungkin akan tertumpah ke dalam urin. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Tetapi pengesanan untuk protein yang sedikit di dalam urin (mikroalbumin) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes- memerlukan ujian yang khas. Kehadiran mikroalbumin atau protein dalam urin menunjukkan buah pinggang anda telah rosak. Ini akan memberi amaran kepada doktor anda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan penyakit buah pinggang anda daripada menjadi lebih teruk.

4.Mengambil ubat-ubatan anda mengikut peraturan. Tambahan kepada pengambilan ubat untuk mengawal diabetes (dan mungkin juga untuk tahap lipid anda), anda juga perlu mengambil ubat anti-hipertensi untuk mengekalkan tekanan darah anda di bawah tahap 130/80 mmHg. Ubat-ubat daripada kumpulan Perencat Enzim Penukar Angiotensin (ACEI) ataupun Penghalang Reseptor Angiotensin (ARB) bukan sahaja dapat merendahkan tekanan darah anda, tetapi juga dapat melindungi buah pinggang anda dengan merendahkan tekanan didalam glomeruli. Oleh demikian, ia akan membantu mengurangkan risiko kematian disebabkan nefropati diabetes dan juga dapat mengurangkan keperluan untuk dialisis ataupun pemindahan buah pinggang.


5.Berhenti merokok. Merokok adalah membahayakan untuk apa jua keadaan sekalipun. Merokok akan mempercepatkan proses pembentukan penyakit buah pinggang dan oleh sebab itu adalah lebih baik jika anda tidak merokok. Kehidupan boleh menjadi sukar apabila buah pinggang anda telah rosak. Diabetes bukan sahaja mengancam buah pinggang anda, tetapi juga organ-organ lain seperti jantung dan mata anda. Berita baiknya ialah, anda boleh mengelakkannya atau melewatkan komplikasi-komplikasi diabetes ini daripada berlaku. Maka, ambillah langkah pertama hari ini jua untuk melindungi buah pinggang anda dengan mengamalkan pengurusan diabetes yang baik. Anda berkuasa untuk mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes anda dan sebaliknya dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, walaupun anda menghidapi diabetes. 

*menghisap rokok juga adalah makruh...menghisap rokok depan orang bole menyebab kan orang lain saket cntohnya sesak nafas hukum nya adalah haram,,,,jadi banyak sgt3 faedah jika berhenti merokok....

jagalah buah dengan baik....buah pinggang memainkan pelbagai fooongsi...jika rosak hny mesin dialisis yang menyakitkan itu menjadi "buah pinggang" kita......antara fungsi buah pinggang kita ialah:

  1. Membuang bahan kumoh seperti urea dan toxin dari badan.
  2. Membuang cecair yang berlebihan dari badan.
  3. Mengawal tekanan darah.
  4. Mengawal asid dalam darah.
  5. Mengawal mineral di dalam darah.
  6. Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.
antara punca2 penyakit buah pinggang berlaku adalah spt?????
 
  • Kencing manis (Diabetes mellitus) 54%
  • Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)
  • Penyakit batu karang
  • Hypertensi (tekanan darah tinggi)
  • Lain-lain punca seperti ADPKD, toxins.
penyakit buah pinggang berlaku secara senyap2.....so BEWARE..!!!!


antara tanda2 nya seperti:


  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan  (disebabkan kekurangan sel darah merah)

  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan

  • Gatal seluruh badan

  • Sakit tulang

  • Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas

  • Pucat

  • Kencing yang berbuih

  • Darah keluar bersama air kencing

  • Jangkitan salur kencing berulang-ulang

  • Pengeluaran kencing berkurangan

  • Kerap kencing terutama sebelah malam

  • Mengalami hypertensi pada usia muda                               


  •  UNTUK MENGESAN NYA UJIAN INI KAN DILAKUKAN ............zazzzzzzzzzzzzzzzzz
    • Ujian air kencing
      • mengesan kehadiran protein
      • mengesan darah
      • mengesan kandungan bakteria
    • Ujian darah
      • Mengesan tahap kerosakan ginjal
      • Mengesan penyebab kegagalan ginjal seperti diabetes, SLE
      • Mengesan komplikasi penyakit ginjal seperti kekurangan darah, penyakit tulang dan lain-lain
    • Anda mungkin dikehendaki menjalani ujian Ultrabunyi ginjal.



    selamat menjaga kesihatan ....bye


    thank for reading this entry..

    No comments:

    Post a Comment